Tuesday 12 April 2011

Sanusi bohong?.....

Memetik tulisan didalam blog syburi-times, aku suka bila sanusi respon dalam blog dia sanusisetpol.blogspot.com tentang isu ni. Syburi-Times sepatutnya ambik buku manisfesto tu tunjuk kat rakyat, buat perbandingan penyataan setpol dengan apa yang terkandung. awat yang baghal sangat.

Cuba tengok jugak la posting setpol dalam blog dia tentang STDC bagi duit kat orang UMNO... mula2 bagi kat Dr Sobri Sudin 1000, kemudian bagi lagi kat Sobri Sudin 42ribu... mula2 ada DR lepas tu tak dak dah gelaran DR tu....

Persoalannya, apa kerja SOBRI SUDIN buat utk Sri Temin sehingga dibayar 42ribu????

Petikan dari blog setpol

Bohong la pulak????!

Seminggu dua ni, blogger dan penulis pencacai UMNO di Kedah sibuk tembak peluru kapor, manifesto satu pun kerajaan PR tak buat. Oleh kerana kesian dengan depa yang buat dosa kering maki hamun dan fitnah orang lain, saya perturunkan laporan pencapaian manifesto untuk tatapan semua. Siap dengan keterangan dan penjelasan. Yang dah buat, kita kata buat, yang sedang buat kita kata sedang proses untuk buat, yang tak dapat kita kata tak dapat buat. Telus dan terbuka.Tup-tup depa kata bohong pulak! Mereka yang menuduh kita tak buat, bila kita senaraikan, depa kata projek depa la pulak! Aik heran sungguh dengan bengap tahap gaban (BTG) ni (bahasa orang sekarang).

Kita ambik satu contoh BTG depa...polisi sifar rasuah. Ya, kita memang meletakkan sifar rasuah sebagai agenda tertinggi dan terkedepan. Memang tak ada ahli politik dan pegawai disabitkan kesalahan rasuah sejak 3 tahun ini... dan pintu terbuka 24 jam sehari untuk SPRM siasat. Tiba-tiba BTG ni suruh SPRM siasat pelaburan di Papua...kata depa libatkan 4 juta (mana depa dapat angka tu tak tau lah). Persoalannya, itu rasuah atau pelaburan. Depa pun tulis pelaburan. Untuk buktikan ada rasuah, depa kena pi lapor kat SPRM dan kemukakan bukti. Dalam kes ini, beban bukti terletak kepada si penuduh, bukan orang kena tuduh. Kalau setakat nak hemtam tulis ikut suka...sapa pun boleh.

Kita ada 56 item dalam manifesto, 44 item sudah dibuat, 8 item belum dibuat, dan 4 item dalam proses untuk dibuat. Tak payah la pi merawit kepada hal- hal yang tidak tercatat dalam manifesto.

Depa kata satu manifesto pun tak buat, satu pun tak buat, satu pun tak buat...apa dia yang kita tak buat...apa dia. Depa kena senaraikan apa yang terkandung dalam manifesto tetapi tidak dibuat, dengan bukti-bukti bahawa ia tidak dibuat buat. Manifesto parti apa yang depa rujuk?Ini tidak, depa bandingkan apa kita buat dengan apa BN buat dulu-dulu. Itupun depa kena kalah jugalahhhh...terutama bab balak...awat masa hamapa cuma RM 8-9 juta, masa PR boleh sampai RM53 juta....jawab la jawab. Tapi itu bab perbandingan, bukan tajuk manifesto ( nanti kita masuk tajuk tu) Itukan dah lari tajuk....deyy thambi, tajuk kita ialah pelaksanaan manifesto.

kerana tak dapat pertahankan statement mereka bahawa Kerajaan PR tak buat satu pun kandungan manifesto, depa ambik jalan senang...tulis saja...SETPOL MB BOHONG! Macam budak darjah satu...!

Thursday 31 March 2011

Ini SindiranLah Bodoh!...Bukan Maksud Sebenar.

Kata Mummy Rokiah........

Ustaz Azizan harus menggerakkan penubuhan "Gerakan Kedah Merdeka"

Tun Daim mengakui bahawa MB Kedah DS Ustaz Azizan seorang yang baik, mesra dengan rakyat dan ikhlas. Cuma orang Kedah kerugian kerana memilih PAS memerintah dan Kedah miskin kerana tidak mendapat pertolongan Kerajaan Persekutuan.

Kenyataan ini seperti menunjukkan Kerajaan Persekutuan menghukum rakyat Kedah kerana mereka memilih PAS. Marahkan nyamuk kelambu dibakarnya.

Inilah akibatnya apabila rakyat bangun bersuara menghukum UMNO dan BN kerana kesombongan dan keangkuhan mereka semasa berkuasa, hari ini mereka bakal menjadi rakyat miskin, merempat dan melarat.

Respon kepada kenyataan Daim itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk mengagihkan kemakmuran Negara ini kepada semua negeri.

“Tak perlu ungkit perkara ini, sebab itu tanggungjawab Pusat sebagai negara persekutuan. Jika mereka enggan salurkan bantuan, dan mahu negeri bawah PR cari dana sendiri, bermakna kita boleh isytihar Kedah keluar daripada Malaysia, tubuh pasukan keselamatan sendiri dan tadbir sebagai sebuah negara,” kata Ustaz Azizan.

Apa kata rakyat Kedah sambut cadangan Ustaz Azizan ini dengan menubuhkan “Gerakan Kedah Merdeka” seperti “Gerakan Acheh Merdeka”?
 

Tuesday 29 March 2011

Dulu Hampu Pulun Jangan Sambung...La Ni???


Khabarnya seminggu dua ini Dato' Rasli dan sekutunya dalam Persatuan KCS sibuk melobi sana sini untuk sambung perkhidmatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri kedah. Tak payah pergi jauh-jauh, pasang telinga di Cafe Wisma Darul Aman, kalau Man Lengkong, Armishah atau Ghani Hassan ada, itulah tajuk yang dibualkan. Atau pasang telinga di padang-padang golf.  Apa lagi boleh dibuat untuk memastikan khidmat SS disambung lagi.

Bukan rahsia lagi kumpulan Dato' Rasli juga sedang memburukkan Dato' Fuad yang disebut-sebut juga akan bergerak ke posisi SS setelah kini menjawat jawatan Pegawai kewangan Negeri.  Fuad dikatakan sepupu atau dua pupu dengan Ustaz Azizan dan terpalit kes-kes lama di Sungai Petani.

Dato' Rasli didakwa oleh sesetengah pihak masih setia kepada kerajaan lama Barisan Nasional, khususnya Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid. Bagi pegawai KCS berpangkat rendah yang lebih junior, Dato' Rasli diketahui mengamalkan kronisme. Pasukan Dato' Rasli terdiri daripada Dato' Azmi Din (SADA), Man Lengkong, Hj Nordin (Sumber manusia), Arminshah (Kerajaan tempatan), Ghani Hassan (PBT KHTP), Aziz Hasan, Hj Ishak UPEN, Dato' Basharudin, dan Rozaina MPSPk.


Masa Syed Unan jadi SS, kumpulan ini juga membuat macam-macam gerakan untuk menamatkan khidmat Syed Unan yang waktu itu disambung sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri. Sekarang lain pula jadinya, mereka pula minta Dato' rasli disambung khidmatnya. Tentu ada sebab-sebab tertentu hingga mereka bersungguh-sungguh mahu Dato' Rasli menjadi nombor satu. Antara sebab yang utama ialah kes pembinaan dewan dan pejabat MPSPk di Sungai Petani yang melibatkan skandal kewangan berjuta ringgit.


Dato' Rasli juga ingin pastikan anak saudaranya Rozaina (YDP MPSPk) dan anaknya yang masih junior dalam KCS terjamin kedudukan dan kenaikan pangkat. Baru-baru ini anak menantunya menerima pingat BCK (walaupun batu setahun agung berkhidmat) yang menimbulkan rasa tak puas hati pegawai sebaya anaknya. menantunya juga menerima pingat itu.


Kalau ada sesiapa yang tahu maklumat lanjut tentang berita ini, bolehlah panjang-panjangkan..... (Dato' Rasli tak dapat dihubungi untuk mengesahkan cerita yang tak perlu pengesahan ini...)

Monday 28 March 2011

Ini Negara Demokrasi - Aku Juga punya Hak Bersuara Dan Berimpresi

Aku bisa diam menyepi diri, aku bisa undur lalu pergi, ngak ada apa harus diperkatakan. Namun tidak bisa aku berpaling dari menyatakan suara hati, meluahkan marah dan benci, menghamburkan caci dan maki disaat mata dicucuk duri. Juga bisa menghargai jasa dan bakti, menghulurkan senyum dan kata-kata puji, andai semua berjalan dilorong sendiri tanpa hasad dan dengki.

Saat kulihat sinaran mentari pada suatu pagi, kala tersingkap tirai besi berduri, terbukalah gerobok kuasa yang  terkunci mati, segenap rakyat bingkas menjadi berani, perampok pendosa dihalau pergi,  tinggalkan dunia sunyi sepi.

Nakhoda baru merampas bahtera, layar disulam kemudi dijaga,  haluan menuju pulau sejahtera, hidup baru akan bermula. Apa bakal terjadi sepanjang pelayaran, regim lama takkan diam merelakan, hilang sudah intan berlian idaman, kuasa serakah hilang ditangan, biru muka merah padam.

Aku hanya marhaen di daerah pelosokan, pada nakhoda ini kuletak harapan, bentuklah tamaddun bina masa depan, masa kini jangan abaikan, rakyat menanti penuh harapan. Kulihat kiri kulihat kanan, badai dan ombak bukan sembarangan, bahtera bergoyang bagai buaian, rebah bangun wajahmu tenang. Wahai nakhoda ingin kukhabar, apa mataku lihat apa telingaku dengar, suaraku perlahan matamu samar, ada orang berbuat honar, maksud angkara agar bantera selam ke dasar.

Nanti bila laut tenang berhenti sebentar, labuhlah sauh kucupkan layar, jeritan serakku moga  kau dengar, agar matamu kembali bersinar. Inilah khabar ku.........................