Memetik tulisan didalam blog syburi-times, aku suka bila sanusi respon dalam blog dia sanusisetpol.blogspot.com tentang isu ni. Syburi-Times sepatutnya ambik buku manisfesto tu tunjuk kat rakyat, buat perbandingan penyataan setpol dengan apa yang terkandung. awat yang baghal sangat.
Cuba tengok jugak la posting setpol dalam blog dia tentang STDC bagi duit kat orang UMNO... mula2 bagi kat Dr Sobri Sudin 1000, kemudian bagi lagi kat Sobri Sudin 42ribu... mula2 ada DR lepas tu tak dak dah gelaran DR tu....
Persoalannya, apa kerja SOBRI SUDIN buat utk Sri Temin sehingga dibayar 42ribu????
Petikan dari blog setpol
Bohong la pulak????!
Kita ambik satu contoh BTG depa...polisi sifar rasuah. Ya, kita memang meletakkan sifar rasuah sebagai agenda tertinggi dan terkedepan. Memang tak ada ahli politik dan pegawai disabitkan kesalahan rasuah sejak 3 tahun ini... dan pintu terbuka 24 jam sehari untuk SPRM siasat. Tiba-tiba BTG ni suruh SPRM siasat pelaburan di Papua...kata depa libatkan 4 juta (mana depa dapat angka tu tak tau lah). Persoalannya, itu rasuah atau pelaburan. Depa pun tulis pelaburan. Untuk buktikan ada rasuah, depa kena pi lapor kat SPRM dan kemukakan bukti. Dalam kes ini, beban bukti terletak kepada si penuduh, bukan orang kena tuduh. Kalau setakat nak hemtam tulis ikut suka...sapa pun boleh.
Kita ada 56 item dalam manifesto, 44 item sudah dibuat, 8 item belum dibuat, dan 4 item dalam proses untuk dibuat. Tak payah la pi merawit kepada hal- hal yang tidak tercatat dalam manifesto.
Depa kata satu manifesto pun tak buat, satu pun tak buat, satu pun tak buat...apa dia yang kita tak buat...apa dia. Depa kena senaraikan apa yang terkandung dalam manifesto tetapi tidak dibuat, dengan bukti-bukti bahawa ia tidak dibuat buat. Manifesto parti apa yang depa rujuk?Ini tidak, depa bandingkan apa kita buat dengan apa BN buat dulu-dulu. Itupun depa kena kalah jugalahhhh...terutama bab balak...awat masa hamapa cuma RM 8-9 juta, masa PR boleh sampai RM53 juta....jawab la jawab. Tapi itu bab perbandingan, bukan tajuk manifesto ( nanti kita masuk tajuk tu) Itukan dah lari tajuk....deyy thambi, tajuk kita ialah pelaksanaan manifesto.
kerana tak dapat pertahankan statement mereka bahawa Kerajaan PR tak buat satu pun kandungan manifesto, depa ambik jalan senang...tulis saja...SETPOL MB BOHONG! Macam budak darjah satu...!